Feb 15, 2010

Gambar Atok & Opah

Dulu saya janji nak upload gambar atok saya kan... ni saya letak sekali gambar Opah..
Umur atok saya pada tahun 2010 ni dah cecah 73 tahun manakala opah 72 tahun.
Moga2 Atok & Opah sihat2 selalu yer..

Gambar Atok & Opah ketika kami bawa berbuka puasa kat Swiss Garden, Damai Laut


Atok bergambar dgn Mak Ude (anak atok yg ke 4)


My Photos

McD kat Penang


Masa kat KL

Pergi Jogging dengan Papa kat Teluk Batik

Kat gelanggang Futsal - teman mama main futsal

Kat Sunway Lagoon

Teman mama shopping kat Penang - masa mama tgh study kat USM

Aug 31, 2009

Sekitar Kenduri Rumah Ateh di Taiping


Kami sekeluarga tiba kat rumah ateh dah dekat nak magrib, saya & papa pergi solat kat surau berdekatan dan kemudian ke rumah ateh semula. kami menuggu orang-orang surau datang untuk baca tahlil arwah selepas isyak dan seterusnya makan malam.



Malam tu ateh masak sedap.. kari ikan, daging rebus cicah air asam, sup daging dan ayam goreng kesukaan saya iaitu ayam goreng berempah.. yum..yum.. ini saya ada upload gambar sekitar kenduri dalam rumah ateh dan juga gambar sepupu sepapat saya.. hehe







Gambar Ahli surau sedang membaca tahlil




Ini pula gambar makcik2 tengah makan kat dapur rumah ateh.


kat bawah ni pula gambar sepupu anak anak sedara pupu (mama cakap le).


yang bertudung tu.. Kakak Ila.. anak pak teh kat manjung, hat pakai baju spiderman tu plak.. anak kak long kat KL, ikut atuk dia datang kenduri.. namanya Ajmal (cucu pak ngah Ali).


Aug 15, 2009

Hari Minggu & nasi lemak

Hari ni cuaca gelap saja. Pagi-pagi opah suruh pergi beli nasi lemak kat kedai dan nasi lemak tu sedap la juga ni juru gambar ada amik gambar masa saya tengah beli nasi lemak. Saya beli 10 bungkus nasi lemak sebab hujung minggu rumah opah ramai..

Masa dalam perjalanan balik dari kedai ke rumah opah, juru gambar saya sempat lagi snap gambar jejantas sebagai tanda jalan ke rumah atok dan opah. sebelum jejantas, ada jalan kecil untuk masuk ke rumah atok. kalau nak datang rumah atok saya, ikut petunjuk jejantas ni ye.








Malam nanti ada kenduri di rumah Ateh saya di Taiping. Kenduri arwah opah & atok sebelah ibu saya serta kenduri untuk menyambut Ramadhan tak lama lagi. Nanti juru gambar saya akan snap gambar dan nanti saya akan upload kan ke blog saya.. tunggu ya!!


Rumah Atok

Semalam saya janji nak upload gambar rumah atok saya kan.. ha! ni rumah atok saya.. yg kat bawah ni pula jalan utama dekat nak masuk ke jalan kampung rumah atok. kalau nak datang tengok jejantas sekolah ni dan belok ke kiri.. sampai la rumah atok saya kat Batu 8 Lekir.. lebih kurang 10 minit dari pekan Sitiawan atau pekan Sri Manjung.. kalau nak datang makan rambutan, tunggu lepas raya kot.. sekarang baru tengah berbunga.

-------------------------------------------------------------
Ini pula rumah Ibu Suadara saya, rumahnya berada dekat dengan rumah atok saya. Kat sini tak ramai kawan sebab rumah kampung semua jauh-juah belaka. Kesian kat kami kan. Tapi kami suka kat kampung ni sbb aman je..
______________________________________________





Kat bawah ni pulak, saya upload kan gambar reban kambing atok saya, atok saya dah berumur 72 tahun, tapi masih kuat 'ligan' kambing. kalau nak lumba lari dengan atok saya pun boleh.hehe. nanti saya uploadkan pulak gambar atuk saya ye... tengok lah reban kambing yg cantik ni. Alamak!! gambar kambing lupa nak tangkap, bukan ape.. petang tadi cuaca mendung, hari pun gelap awal, jadi kambing pun masuk reban pukul 6 petang,, jadi tak sempat lah saya nak kongsi gambar kambing kat blog saya ni. takpe, nanti ade masa saya tangkap kambing masuk blog




Aug 14, 2009

Lagi mengenai saya




Inilah gambar saya. Saya berada dalam darjah 5 dan tinggal di Taman Bintang Pantai Remis Perak.Bahasa komunikasi saya ialah bahasa melayu dan saya juga boleh berkomunikasi di dalam bahasa Cina tau. Antara kawan-kawan ialah Aliff,Haikal,Fahmi, Muslim dan ramai lagi. Masa saya sekolah SJKC, kawan rapat saya ialah Chan Chun Yit.


Pada setiap hujung minggu,kami sekeluarga akan lepak kat kampung di Lekir. Nanti saya snap gambar kampung atok saya ya.. nak tengok jurugambar saya tak? kat bawah ni jurugambar saya dan dia lah yang banyak snap gambar2 untuk blog saya ni.. hansome tak orang nye? Tu dia tengah upload kan gambar ke laptop. Banyak gambar dia tangkap untuk blog saya ni tapi kena tapis dulu sebab banyak sangat dia tangkap. Dia kata nanti dia nak buat blog jugak,


tapi dia tak berapa pandai lagi buat blog, jadi jurukamera pun jadi lah. Sebelah tu kawan dia (yg baju merah) Pi'e namanya. Orang penang mari, gelap sikit sebab ala-ala anak Mami.